Tampalan Gigi - klinikpergigiandrsyazwan

Tampalan Gigi

Tampalan gigi adalah rawatan untuk memulihkan gigi yang berlubang dengan menutupkan lubang pada gigi di mana bakteria boleh masuk. Tampalan akan menggunakan bahan tampalan contohnya resin komposit. Bahan tampalan yang digunakan bergantung kepada kesesuaian rawatan.

Jenis Tampalan yang Ada:

Composite Resin

  • Tampalan sewarna gigi
  • Sangat sesuai digunakan pada gigi depan
  • Mudah bertukar warna bergantung kepada gaya hidup individu seperti minum kopi dan teh
  • Kebaikan: Menyerupai warna gigi
  • Keburukan: Boleh berubah warna

 

Glass Ionomer Cement (GIC)

  • Tampalan sewarna gigi
  • Sesuai untuk gigi belakang yang mempunyai lubang yang dalam
  • Mempunyai fluoride yang mampu menghentikan aktiviti karies gigi
  • Kebaikan: Menyerupai warna gigi
  • Keburukan: Bersifat rapuh dalam jangka masa Panjang

Tanda-tanda anda Perlu Melakukan Rawatan Tampalan Gigi?

  • Apabila gigi mula rasa sensitif terutamanya ketika minum air panas/ sejuk atau apabila makan makanan manis/ masam
  • Rasa sakit mencucuk-cucuk atau berdenyut-denyut di Kawasan gigi
  • Sakit gigi ketika menggigit atau mengunyah makanan
  • Dapat merasakan lubang dengan lidah atau melihat permukaan gigi yang berlubang
  • Makanan sentiasa tersangkut dalam lubang atau diantara gigi
  • Apabila tampalan gigi sedia ada retak atau pecah

Kenapa Rawatan Tampalan Gigi Itu Penting?

  • Mengurangkan sensitif dan sakit pada gigi
  • Mencegah gigi berlubang daripada menjadi lebih besar
  • Bantu menguatkan lagi fungsi gigi
  • Elak daripada jangkitan kuman

Get The Best Dental Care Now

Start your journey for a better smile

×