Scaling & Polishing - klinikpergigiandrsyazwan

Scaling & Polishing

Scaling ialah satu prosedur membuang karang gigi di permukaan gigi terutama pada bahagian belakang gigi & kawasan yang sukar dicapai semasa memberus gigi. Scaling juga boleh menghilangkan staining atau kesan-kesan hitam di gigi. Prosedur ini adalah lebih mendalam berbanding pembersihan gigi yang biasa kita lakukan.

Polishing pula adalah satu prosedur untuk membersihkan staining atau kesan-kesan hitam yang selalunya berpunca sama ada dari air teh, kopi atau kesan merokok.

Scaling perlu dilakukan sekurang-kurangnya 6 bulan sekali atau sekali setahun bagi mengekalkan kesihatan gigi dan gusi anda.

Keperluan Scaling & Polishing:

  • Mengeluarkan sisa makanan yang melekat
  • Membersihkan karang gigi
  • Menghindari penyakit gusi
  • Mengelak perubahan warna gigi

Kepentingan Scaling & Polishing:

  • Rawatan scaling & polishing penting untuk setiap peringkat umur. Scaling boleh membuang karang gigi yang tidak dapat dihilangkan dengan memberus gigi. Karang gigi yang tidak dibuang boleh menyebabkan pelbagai penyakit contohnya radang gusi dan gigi longgar.
  • Karang gigi ialah plak gigi (atau lebih dikenali sebagai tahi gigi) yang terkumpul & menebal pada permukaan gigi dalam jangka masa yang panjang. Karang gigi hanya boleh dibersihkan dengan menyeluruh menggunakan alatan yang hanya terdapat di klinik gigi.

Prosedur Scaling & Polishing:

  • Memerlukan satu sesi atau beberapa sesi rawatan bergantung kepada tahap ketebalan karang gigi.
  • Selepas selesai rawatan scaling, rawatan polishing akan terus dilakukan untuk menghilangkan rasa kasar di permukaan gigi dan juga kesan-kesan hitam yang tidak dapat dibersihkan oleh rawatan scaling tadi.

Get The Best Dental Care Now

Start your journey for a better smile

×