X-ray - klinikpergigiandrsyazwan

X-Ray

X-ray pergigian diambil bertujuan untuk membantu mendiagnosis masalah pesakit atau sebagai rekod untuk rujukan doktor gigi. Terdapat banyak jenis sinar-x pergigian dan mereka semua mempunyai tujuan yang berbeza.

Jenis X-Ray

  1. OPG

Orthopantomography (OPG) merupakan salah satu cara untuk mendapatkan imej gigi & rahang dengan menggunakan sumber X-ray. OPG digunakan oleh doktor untuk mengetahui masalah berkaitan gigi dan menentukan cara rawatan gigi.

Sebab Anda Perlukan X-ray OPG:

  • Mengenalpasti sebab sakit atau bengkak gigi & gusi.
  • Mengenalpasti gigi yang tidak teratur.
  • Merancang rawatan untuk gigi berlubang atau pembedahan saluran akar gigi.
  • Merancang untuk rawatan ortodontik (membetulkan susunan gigi dan memperbaiki kedudukan rahang yang tidak teratur)
  • Merancang & Analisa kesesuaian untuk rawatan Implan

 

Kelebihan OPG:

  • Struktur imej rahang & gigi yang luas dapat dinilai
  • Pesakit terdedah pada sinar radiasi yang rendah
  • Mudah, cepat & selesa
  • Boleh diambil pada pesakit yang mempunyai masalah untuk membuka mulut pada waktu yang lama

 

  1. X-Ray Periapikal

X-ray Periapikal gigi untuk melihat sebatang atau beberapa batang gigi sekaligus, termasuk akar dan tisu berhampiran tulangnya. X-ray ini juga boleh memperlihatkan permulaan proses keradangan dalam gusi dan akar. X-ray periapikal biasanya diambil apabila anda mengalami gejala dengan gigi tertentu atau sebagai tindak lanjut kepada prosedur.

Sebab Anda Perlukan X-ray Periapikal:

  • Mengesan kewujudan caries gigi
  • Mengkaji tahap kesihatan akar gigi serta tulang yang mengelilingi gigi
  • Menganalisa status gigi yang sedang tumbuh
  • Mengkaji kehadiran dan posisi gig yang tidak tumbuh
  • Diambil sebelum, semasa dan selepas rawatan akar (RCT)
  • Mengkaji bentuk akar gigi semasa dan selepas cabutan
  • Menilai cyst atau kesan luka pada periapical (hujung akar)
  • Menilai implant selepas pembedahan

 

Kelebihan X-ray Periapikal:

  • Cepat & mudah
  • Rendah sinar radiasi
  • Struktur berdekatan dengan gigi lebih jelas dan terperinci
  • Caries yang tersembunyi di antara celah gigi dapat ditemui
  • Gigi yang retak boleh dilihat dengan jelas berbanding xray yang lain

Get The Best Dental Care Now

Start your journey for a better smile

×