Veneers - klinikpergigiandrsyazwan

Veneers

Veneers

Rawatan veneer gigi bertujuan untuk memperbaiki & mencantikkan penampilan atau bentuk gigi. Bentuk veneer gigi adalah seperti cengkerang berwarna yang tipis dan melekat pada permukaan depan gigi. Ia selalunya dihasilkan daripada bahan porselin atau komposit & akan melekat secara kekal pada gigi anda

Kenapa Anda Perlukan Veneers:

  • Memperbaiki & mencantikkan bentuk gigi yang patah/ pecah
  • Menutup ruang gigi yang jarak/jarang
  • Memastikan warna gigi yang sekata akibat gigi yang telah bertukar warna (Contohnya akibat fluorosis, tompok staining)
  • Memperbaiki kecacatan gigi yang minima

Jenis Veneer:

  1. Composite Veneer

Kebaikan:

  • Siap dalam satu temujanji sahaja
  • Lebih murah
  • Boleh dibaiki jika pecah
  • Struktur gigi yang minima dibuang

 

Kekurangan:

  • Boleh berubah warna, perlu kilatkan (perlu di-polish sekurang-kurangnya 6 bulan sekali)
  • Mudah haus berbanding porcelain veneer
  • Perlu dibaiki dan digantikan dengan lebih kerap jika pecah

 

  1. Porcelain veneer

Kebaikan:

  • Lebih estetik dan nampak natural
  • Tidak mudah berubah warna seperti composite veneer
  • Lebih tahan lama berbanding composite veneer

 

Kekurangan:

  • Lebih mahal
  • Risiko menyebabkan gigi sensitif
  • Sukar dibaiki jika pecah
  • Lebih banyak struktur gigi perlu dibuang berbanding Composite Veneer

Prosedur:

Composite Veneer (Sekali temujanji)

  1. Bersihkan permukaan gigi
  2. Mengenalpasti warna gigi (shade) & memilih komposit yang bersesuaian
  3. Penyediaan permukaan gigi termasuk pembersihan gigi & tampalan karies & kerosakan (jika ada)
  4. Proses tampalan keseluruhan permukaan gigi

 

Porcelain Veneer (Dua kali temujanji)

  1. Penyediaan tapak & pengambilan acuan
  • Mengenalpasti & pemilihan warna gigi (shade) & porcelain
  • Penyediaan tapak veneer
  • Pengambilan Acuan gigi untuk dihantar ke makmal untuk di proses
  • Veneer sementara disarung

 

  1. Issue veneer
  • Veneer sementara dibuang dari permukaan gigi
  • Meletakkan simen porcelain veneer dan dilekatkan pada permukaan gigi.

Get The Best Dental Care Now

Start your journey for a better smile

×