Gigi Palsu - klinikpergigiandrsyazwan

Gigi Palsu

Gigi Palsu

Gigi palsu adalah peralatan gantian gigi boleh tanggal (removable) yang digunakan untuk menggantikan gigi yang telah hilang serta tisu disekitarnya.

Kenapa Anda Memerlukan Gigi Palsu?

  • Menggantikan gigi yang hilang
  • Memudahkan mengunyah makanan
  • Bantu bercakap dengan lebih jelas
  • Mengembalikan profil wajah (kurangkan kesan penuaan)
  • Mengembalikan senyuman dan keyakinan diri
  • Mencegah gigi bersebelahan bergerak ke arah ruang kosong

Prosedur Gigi Palsu:

  1. Acuan: Doktor melakukan pemeriksaan dan mengambil acuan gigi untuk membuat model bagi pembuatan gigi palsu
  2. Merekod gigitan:Merekod gigitan rahang atas dan bawah untuk menyusun gigi palsu
  3. Percubaan (Try-In): Memberi peluang kepada pesakit untuk mencuba gigi palsu sebelum peringkat penyudahan (Tapak gigi palsu dalam bentuk lilin)
  4. Peringkat penyudahan: Gigi palsu yang telah siap diproses akan diberi kepada pesakit. Cara penjagaan gigi palsu juga akan diterangkan pada pesakit
  5. Peringkat rawatan susulan (Review): Memastikan pesakit selesa dan tiada tisu mulut terluka disebabkan gigi palsuKonvensional braces (Jenis getah)

Jenis-Jenis Gigi Palsu:

Gigi Palsu Akrilik

  • Gigi palsu yang diletakkan dalam acun resin akrilik yang berwarna seakan warna gusi
  • Kebaikan:
– Harga yang lebih murah
– Boleh dibaiki sekiranya patah atau boleh ditambah gigi jika perlu
  • Keburukan:
– Gigi palsu ini mempunyai tapak yang tebal
– Lebih senang patah jika terjatuh

 

Gigi Palsu Bertapak Besi (Cobalt Chrome)

  • Diperbuat daripada pancalogam (alloy) Cobalt Chromium. Gigi palsu akan diletakkan ke rangka kerja bersama akrilik
  • Kebaikan:
– Lebih nipis dan lebih kuat berbanding akrilik
– Lebih ringan untuk dipakai
– Tidak mudah patah jika terjatuh
  • Keburukan:
– Harga lebih mahal
– Mempunyai cangkuk yang kadangkala nampak bila senyum

 

Gigi Palsu Fleksibel (Valplast)

  • Gigi palsu yang diperbuat daripada Nylon & menyebabkan gigi palsu menjadi mudah lentur (flexible) berbanding jenis akrilik
  • Kebaikan:
– Lebih ringan,kuat dan tahan lama
– Lebih nipis dan melentur dari gigi palsu lain
– Lebih mudah selesa berbanding akrilik
– Tidak mudah patah jika terjatuh
  • Keburukan:
– Lebih mahal berbanding akrilik
– Tidak boleh ditambah atau dibaiki sekiranya gigi palsu lama longgar

Tips untuk pemakai gigi palsu:

  • Mulakan dengan memakan makanan lembut dan memotong makanan anda kepada potongan kecil
  • Menggunakan pelekat gigi palsu untuk membantu membiasakan diri dengan pemakaian gigi palsu
  • Jika mengalami kesakitan, jangan guna gigi palsu itu untuk sementara waktu; segera berjumpa doktor gigi untuk mendapatkan rawatan

Cara penjagaan gigi palsu:

  • Berus kosong tanpa ubat gigi dan bilas gigi palsu selepas makan & sebelum tidur
  • Rendam gigi palsu dalam air biasa yang bersih bila tidak dipakai. Jangan guna air suam atau air panas.
  • Jangan cuba untuk mengubah atau membaiki gigi palsu itu sendiri
  • Elakkan memakai gigi palsu semasa tidur

Get The Best Dental Care Now

Start your journey for a better smile

×