Cabutan gigi adalah prosedur untuk mengeluarkan atau membuang gig. Terdapat banyak factor menyebabkan prosedur ini perlu dilaksanakan apabila gigi tersebut didapati rosak, berisiko untuk merosakkan atau tidak dapat diselamatkan lagi.
Sebab-Sebab Cabutan Gigi Dilakukan:
Apakah Yang Perlu Anda Lakukan Sebelum/Semasa Dan Selepas Cabutan Gigi?
Sebelum ke klinik, pastikan anda :
- Makan terlebih dahulu
- Ambil ubat-ubatan harian yang perlu untuk penghidap penyakit kronik (contohnya ubat kencing manis & darah tinggi)
- Sekiranya anda mempunyai kad perubatan atau senarai ubat yang diambil, sila bawa bersama apabila berjumpa dengan doktor gigi.
Semasa rawatan :
- Maklumkan pada doktor, jika anda mempunyai sebarang masalah kesihatan, sedang mengambil sebarang ubat atau sekiranya anda pernah mengalami cabutan gigi yang sukar sebelum ini
- Maklumkan kepada doktor sekiranya anda berasa kurang sihat
Selepas rawatan :
- Gigit kapas yang diberikan sekurang-kurangnya 1 jam atau sehingga pendarahan berhenti. Jika pendarahan berterusan, gigit kain atau sapu tangan yang bersih dan segera dapatkan rawatan di Klinik Pergigian yang berhampiran
- Jangan kumur
- Ambil ubat sebagaimana yang diarahkan
Pastikan anda TIDAK MELAKUKAN perkara berikut:
Komplikasi yang mungkin berlaku:
Kebiasaannya bekas cabutan gigi akan sembuh dalam tempoh 3 hingga 7 hari, walau bagaimanapun komplikasi boleh terjadi seperti :
- Kesakitan yang berpanjangan
- Bekas cabutan bengkak
- Kebas yang berpanjangan
- Pendarahan tidak berhenti
- Bekas cabutan tidak sembuh
- Jangkitan pada Kawasan cabutan
- Pembukaan mulut yang terhad selepas cabutan
Dapatkan pemeriksaan dan rawatan doktor pergigian dengan segera jika terdapat sebarang komplikasi seperti di atas.