Pendakap Gigi - klinikpergigiandrsyazwan

Pendakap Gigi (Braces)

Pendakap gigi adalah satu alat untuk membetulkan & meluruskan susunan gigi serta membaiki kedudukan gigitan gigi di dalam sesebuah rahang.

Kenapa Anda Memerlukan Pendakap Gigi:

  • Membetulkan fungsi gigi dan mulut
  • Perlukan susunan gigi yang lebih estetik
  • Ingin menjaga kesihatan mulut
  • Elak dari masalah sendi rahang
  • Membaikpulih kedudukan gigi yang terimpak, tidak rata atau gigi yang cenderung mendapat trauma dari gigitan yang tidak betul
  • Membetulkan gigi jongang
  • Membetulkan overjet, overbite, crossbite (gigi bersilang)
  • Ingin lebih keyakinan yang sering menerima pandangan negatif disebabkan oleh masalah gigi tidak teratur.

Jenis Pendakap Gigi Untuk Anda:

  1. Konvensional braces (Jenis getah)
  • Jenis paling popular di masa kini.
  • Braket braces konvensional moden yang digunakan sekarang adalah lebih kecil & tidak ketara berbanding jenis pendakap gigi tradisional.
  • Teknologi terkini menggunakan wayar lengkung (archwire) bersifat heat activated, di mana ianya menggunakan haba dari badan & pemakanan untuk membantu menggerakkan gigi.

 

Kelebihan:

  • Kos lebih murah berbanding jenis pendakap gigi yang lain
  • Getah berwarna warni memberikan peluang untuk si pemakai menggayakan warna yang berlainan

 

Kekurangan:

  • Jenis pendakap gigi ini adalah yang paling ketara pemakaiannya disebabkan getah berwarna
  • Tidak sesuai bagi mereka yang inginkan jenis tidak ketara / kurang menonjol

 

  1. Self ligating braces
  • Braket self ligating merupakan pengganti moden kepada braket tradisional.
  • Wayar lengkung diletakkan di tempatnya menggunakan klip besi kecil berbeza dengan pendakap gigi tradisional yang menggunakan getah elastik.

 

Kelebihan:

  • Mudah dibersihkan dan bersaiz padat
  • Rasa sakit adalah kurang berbanding jenis braces tradisional
  • Kesan pergerakan adalah lebih cepat dari braces konvensional
  • Pergerakan gigi lebih natural
  • Boleh mengelakkan dari memerlukan cabutan gigi semasa rawatan braces

 

Kekurangan:

  • Kosnya lebih tinggi berbanding braces konvensional
  • Jika dicuci dengan cara yang salah boleh menyebabkan klip besi sukar dibuka.

Cara Penjagaan Pendakap Gigi Anda:

  • Berus gigi 2 kali sehari
  • Floss sekurang-kurangnya sekali setiap hari
  • Berus dan floss gigi secara berhati-hati untuk mengelakkan braket dan wayar rosak atau tercabut
  • Elakkan makan makanan ringan yang boleh tersekat pada celah gigi
  • Elakkan makan makanan melekit
  • Tidak menggigit makanan keras yang boleh merosakkan pendakap gigi
  • Sentiasa hadir temujanji yang telah diberikan oleh doktor gigi

Get The Best Dental Care Now

Start your journey for a better smile

×