Pembedahan Mulut Minor - klinikpergigiandrsyazwan

Pembedahan Mulut Minor

Pembedahan Mulut Minor Bagi Pembuangan Gigi Bongsu Terimpak.

  • Gigi bongsu biasanya terimpak/ tidak tumbuh dengan posisi betul/ terbenam di dalam tulang rahang kerana ruang yang tidak mencukupi untuk tumbuh secara normal di dalam mulut
  • Dalam kebanyakan kes, gigi bongsu terimpak akan menyebabkan masalah gusi di sekitarnya membengkak. Gigi bongsu terimpak juga boleh mengakibatkan sisa makanan terperangkap di antara celah dan menyebabkan kerosakan pada gigi di hadapannya.
  • Cabutan biasa tidak dapat dilakukan untuk membuang gigi bongsu yang terimpak disebabkan oleh gigi yang tertanam dalam gusi. Oleh itu, pembedahan kecil (MOS) perlu dilakukan.
  • Rawatan ini dilakukan di bawah bius setempat oleh doktor gigi untuk memastikan keselesaan pesakit semasa prosedur
  • Pesakit akan diberi ubat sebelum dan selepas rawatan bagi memastikan keselesaan semasa rawatan

Prosedur Pembedahan Mulut Minor:

  1. Ubat bius setempat akan diberikan di kawasan pembedahan. Pesakit akan merasa kebas di bahagian bibir, dagu, lidah dan pipi.
  2. Pemotongan gusi akan dilakukan bagi mendedahkan Kawasan gigi bongsu yang terimpak.
  3. Tulang di keliling gigi akan dipotong untuk memberi ruang kepada gigi bongsu untuk dikeluarkan.
  4. Gigi bongsu mungkin perlu dipotong kepada beberapa bahagian untuk membantu dalam pengeluaran gigi.
  5. Setelah selesai, gusi akan dijahit.
  6. Pesakit akan diberikan tarikh temujanji selepas seminggu bagi memeriksa semula tempat pembedahan & membuka benang jahitan.

Komplikasi Selepas Prosedur:

  • Kurang selesa di bahagian pembedahan
  • Bengkak
  • Kecederaan kepada tisu-tisu berdekatan kawasan pembedahan (pipi, lidah, gigi bersebelahan, tisu saraf).
  • Kecederaan kepada tisu saraf boleh menyebabkan rasa kebas berpanjangan di bahagian bibir,dagu dan lidah.

Penjagaan Selepas Pembedahan Kecil:

  • Jangan berkumur terlalu kerap atau kuat dalam tempoh 24 jam selepas pembedahan
  • Tuam pipi di kawasan pembedahan menggunakan ais untuk mengurangkan kesan bengkak
  • Makan makanan yang lembut. Elak makan makanan yang panas & pedas.
  • Jaga kebersihan mulut & kawasan pembedahan. Pesakit perlu memberus gigi seperti biasa.
  • Jangan merokok & mengambil alkohol sepanjang tempoh penyembuhan luka.
  • Ambil ubat-ubatan seperti yang diberikan oleh doktor.

Get The Best Dental Care Now

Start your journey for a better smile

×