Cabutan Gigi - klinikpergigiandrsyazwan

Cabutan Gigi

Cabutan gigi adalah prosedur untuk mengeluarkan atau membuang gig. Terdapat banyak factor menyebabkan prosedur ini perlu dilaksanakan apabila gigi tersebut didapati rosak, berisiko untuk merosakkan atau tidak dapat diselamatkan lagi.

Sebab-Sebab Cabutan Gigi Dilakukan:

  • Kerosakan atau karies teruk
  • Penyakit gusi (periodontitis) yang melibatkan kelonggaran gigi
  • Sekiranya gigi yang berkenaan berada di dalam atau berhampiran ketumbuhan, sisa atau retak pada tulang rahang)
  • Gigi yang terbenam/ terimpak yang sering mengalami jangkitan atau berisiko untuk mengakibatkan kerosakan pada gigi lain yang berhampiran
  • Pulpitis (keradangan tisu pulpa di dalam struktur gigi)
  • Sebahagian daripada rawatan Ortodontik
  • Gigi yang retak/ patah
  • Gigi susu yang belum diganti oleh gigi kekal

Apakah Yang Perlu Anda Lakukan Sebelum/Semasa Dan Selepas Cabutan Gigi?

Sebelum ke klinik, pastikan anda :

  • Makan terlebih dahulu
  • Ambil ubat-ubatan harian yang perlu untuk penghidap penyakit kronik (contohnya ubat kencing manis & darah tinggi)
  • Sekiranya anda mempunyai kad perubatan atau senarai ubat yang diambil, sila bawa bersama apabila berjumpa dengan doktor gigi.

 

Semasa rawatan :

  • Maklumkan pada doktor, jika anda mempunyai sebarang masalah kesihatan, sedang mengambil sebarang ubat atau sekiranya anda pernah mengalami cabutan gigi yang sukar sebelum ini
  • Maklumkan kepada doktor sekiranya anda berasa kurang sihat

 

Selepas rawatan :

  • Gigit kapas yang diberikan sekurang-kurangnya 1 jam atau sehingga pendarahan berhenti. Jika pendarahan berterusan, gigit kain atau sapu tangan yang bersih dan segera dapatkan rawatan di Klinik Pergigian yang berhampiran
  • Jangan kumur
  • Ambil ubat sebagaimana yang diarahkan


Pastikan anda TIDAK MELAKUKAN perkara berikut:

  • Berkumur dalam masa 24 jam selepas cabutan gigi
  • Mengorek atau mengusik bekas cabutan sama ada dengan lidah atau jari
  • Mengambil makanan atau minuman panas dan pedas
  • Merokok


Komplikasi yang mungkin berlaku:

Kebiasaannya bekas cabutan gigi akan sembuh dalam tempoh 3 hingga 7 hari, walau bagaimanapun komplikasi boleh terjadi seperti :

  • Kesakitan yang berpanjangan
  • Bekas cabutan bengkak
  • Kebas yang berpanjangan
  • Pendarahan tidak berhenti
  • Bekas cabutan tidak sembuh
  • Jangkitan pada Kawasan cabutan
  • Pembukaan mulut yang terhad selepas cabutan

Dapatkan pemeriksaan dan rawatan doktor pergigian dengan segera jika terdapat sebarang komplikasi seperti di atas.

Get The Best Dental Care Now

Start your journey for a better smile

×