Rawatan Akar Gigi - klinikpergigiandrsyazwan

Rawatan Akar Gigi

Rawatan akar (Root Canal Treatment) merupakan rawatan alternatif cabutan bagi gigi yang telah rosak di mana pulpa gigi telah dijangkiti atau telah mati.
Rawatan ini boleh mengelakkan daripada gigi anda dicabut & gigi boleh terus kekal berfungsi. Rawatan ini mungkin memerlukan lebih dari satu temu janji bergantung kepada tahap kerumitan kes.

Ciri-Ciri Gigi Yang Memerlukan Rawatan Akar:

  • Gigi yang rosak teruk atau mempunyai tampalan yang besar hingga melibatkan lapisan pulpa
  • Gigi yang telah mati

Akibat Jika Rawatan Akar Tidak Dilakukan:

  • Ketidakselesaan atau kesakitan akan bertambah teruk
  • Jangkitan atau nanah akan terjadi pada gigi tersebut
  • Gigi mungkin terpaksa dicabut dan kebiasaannya kehilangan gigi memerlukan penggantian gigi

Prosedur rawatan akar:

  • X-ray gigi akan diambil sebelum rawatan bermula untuk melihat bilangan dan keadaan akar gigi yang bermasalah
  • Ubat bius akan diberikan untuk memastikan pesakit selesa semasa rawatan dijalankan
  • Bahagian enamel dan dentin gigi akan dibersihkan dahulu di mana karies dibuang
  • Seterusnya tisu pulpa yang reput akan dibuang dari saluran akar & canal gigi dibentuk dan dibersihkan dengan bahan disinfeksi untuk mematikan kuman
  • Apabila selesai proses pembersihan, ubat dimasukkan ke dalam canal gigi. Gigi akan ditutup dengan tampalan sementara
  • Pada lawatan seterusnya, canal gigi akan dibersihkan semula & ditampal menggunakan bahan tampalan akar (Gutta Percha) jika tiada sebarang tanda yang tidak diingini berlaku
  • Gigi akan ditampal kekal selepas rawatan akar selesai. Sesetengah gigi memerlukan pembuatan sarung gigi (crown) untuk mengelakkan gigi dari mudah patah
  • Sebelum pembuatan sarung gigi (crown), rawatan akar dengan peletakan tiang (post) akan dilakukan untuk menguatkan struktur gigi

Selepas Rawatan Akar:

Rawatan akar mengelakkan anda dari kehilangan gigi secara keseluruhan. Tapi dalam jangka masa panjang, rawatan akar akan menyebabkan:

  • Gigi boleh menjadi rapuh dan mudah patah selepas rawatan.
  • Gigi boleh berubah warna menjadi sedikit gelap.

Kedua-dua kesan ini memerlukan pesakit untuk membuat rawatan susulan seperti tiang (post) untuk menguatkan gigi menerima bahan tampalan juga sarung gigi (crown) untuk mengelakkan gigi mudah patah dan lebih estetik.

Get The Best Dental Care Now

Start your journey for a better smile

×